KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
ANTARA DUA TITIK.jpeg

ANTARA DUA TITIK | Abang Median Abang Said

RM 25.00 RM 30.00
Buy Now

Judul : Antara Dua Titik
Pengarang : Abang Median Abang Said
Penerbit : Tintarona Publications
Genre : Novel
Cetakan Pertama : 2019
ISBN : 9789833514649

FAZRI dikenali sebagai 'pemburu' kerana kemahirannya melobi membeli saham syarikat dan memindah-milik aset, menerima tugasan sukar untuk membeli tanah surau di Miri. Tugasan itu menjadi lebih sukar tatkala dia berhadapan dengan Fahmie, pemuda yang diamanah mempertahankan tanah surau itu dan sanggup mempertaruhkan nyawanya. Tanah tersebut sebenarnya ingin dibeli oleh pelabur luar negara, Ronald Smith yang berbangsa Yahudi.

Di Miri, Fazri dibantu oleh Jenny, gadis yang ingin mencari ayahnya. Namun tugasan tersebut menyebabkan Fazri mengalami pelbagai peristiwa misteri. Dia didatangi kucing hitam yang boleh berkata-kata, bulan berbayang seperti wujudnya dua bulan dan pelbagai perkara aneh lain.

Mampukah Fahmie mempertahankan tanah surau itu? Atau Fazri mampu mempengaruhinya? Adakah kedua-duanya terperangkap dalam permainan licik Ronal Smith?

Mengapakah Ronal Smith beria-ria ingin memiliki tanah tersebut? Semuanya akan terjawab dalam novel Antara Dua Titik yang mendebarkan ini.