KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
ANTARA DUA DERU.jpg

ANTARA DUA DERU : SIRI KUMPULAN CERPEN PILIHAN ABAD KE-20 | Arena Wati

RM 29.00
Buy Now

Judul : Antara Dua Deru : Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20
Pengarang : Arena Wati
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 292 Halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9836284044

Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20 yang mengandungi 37 judul buku hasil karya 37 orang pengarang ini mewakili segugus pengarang penting Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia yang telah mencambahkan puluhan ribu cerpen dalam tempoh satu abad yang baru berlalu. Pelbagai tema dan persoalan yang terungkap dalam sejumlah lebih 700 cerpen ini, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran masing-masing pengarang yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda mereka sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Siri kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.


KANDUNGAN:

Kata Iringan

  1. Kisah Aku Berempat
  2. Kali Ini Isteriku Mogok
  3. Johor Bahru
  4. Atan Belum Kahwin
  5. Antara Syurga dan Dosanya
  6. Dunia yang Kutinggalkan
  7. Burung Badai Zamanku
  8. Ada Apa di Sana
  9. Ombak Samudera Nisannya
  10. Rakit Baru Badan Tua
  11. Mengapa di Sini
  12. Sidang Kucing
  13. Bara Batu
  14. Surat dari Gunung
  15. Keranda GPH
  16. Antara Dua Deru
  17. Duniaku yang Hilang
  18. Potret Diri dari Arbat
  19. Air Mata Kuning 2021
  20. Siapa Mahu Dipatungkan?

Biodata Pengarang