KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
ADVENCER SI PENIUP NEY.jpg

ADVENCER SI PENIUP NEY | Faisal Tehrani

RM 19.00
Buy Now

Judul : Advencer Si Peniup Ney
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 243 Halaman
Cetakan Pertama : 2008
ISBN : 9676117625

Hedonis.
Begitu definisi kaum di negeri jauh itu.
Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat.
Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran.
Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan;
emm... cita rasa, cita rasa!

40 remaja berwajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya.
Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan.
Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta.
Merawat duka rawan rindu kepada Cinta:
Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi:
Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu.
Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.

Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.


KANDUNGAN:

  1. Permintaan Empat Puluh
  2. Permintaan Sulaiman
  3. Berkelah di Atas Awan
  4. Di Hadapan Jin Bertindik Satu
  5. Idola Baru di Negeri Fantasia
  6. Kelas Vocal dan Muzik Sulaiman
  7. Perisik Jadi Pengikut
  8. Di Konsert Fantasia
  9. Persembahan Sulaiman dan Kawan-kawan
  10. Ustaz Kamal Mengunjungi
  11. Berahi Simone Sidharra
  12. Sulaiman Terpenjara
  13. Fantasia Dirempuh Pesawat Boeing
  14. Meneruskan Perjalanan
  15. Merawat Maharaja Tenggiri
  16. Jin Laut Memeluk Islam
  17. Sudah Pulang

Glosari

Rujukan